Thursday, March 8, 2012

Sunday, January 9, 2011

Mohammad dirai ketika hujan lebat


:: 6 Januari 2011 :: 9.00 pagi ::

Demi rasa kasih dan penghargaan seluruh warga SK Seri Kota kepada Guru Besar kami, Tn. Hj. Mohamad bin Ismail, majlis persaraan beliau tetap diraikan dengan penuh meriah walaupun hujan lebat turun mencurah pada hari yang bersejarah itu.

:: berita selanjutnya...
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_
01.htm



Tahniah kepada seluruh jawatankuasa kerja dan warga sekolah kerana telah bekerjasama menjayakan majlis bersejarah ini . Semoga menjadi kenangan yang abadi dalam memori SK Seri Kota.

Wednesday, December 29, 2010

Senarai Guru Kelas 2011


TAHUN 1
1 AMANAH: PN. NASTURA BT JUSUH
1 BERSIH: PN. NIK MAZWIN BT HUSSIN
1 CEKAP: PN. MAZIAH BT MOHAMAD
1 DEDIKASI: PN. NOR AZLIZA BT YUSUF

TAHUN 2
2 AMANAH: PN. AZLIN BT EDRUS
2 BERSIH: PN. ROHAIZA BT ISMAIL
2 CEKAP: PN. NOR SUHANA BT MOHD NORDIN

TAHUN 3
3 AMANAH: PN. AMINAH BT MAHMOOD
3 BERSIH: PN. SA’AIRAH BT ABDULLAH
3 CEKAP: PN. FATIMAH BT RAMLI
3 DEDIKASI: PN. MAIKALSOM BT ALI
3 EHSAN: CIK NAJIHAH BT HASSAN

TAHUN 4
4 AMANAH: PN. ANIZAN BT IBRAHIM
4 BERSIH: TN. HJ. ROSNAN BIN SAMAKON
4 CEKAP: PN. MASITAH BT TAIB
4 DEDIKASI: PN. HAYATI BT ABU BAKAR
4 EHSAN: PN. AMINAH TAHERAH BT HASSAN

TAHUN 5
5 AMANAH: PN. HABSAH BT MAT HASSAN
5 BERSIH: PN. WAN MARIAM BT ABDULLAH
5 CEKAP: EN. NOOR HASHIMAN BIN MANSOR
5 DEDIKASI: PN. HALIMAH BT SALLEH
5 EHSAN: EN. RUSLI BIN JUNUH

TAHUN 6
6 AMANAH: PN. NORIZAN BT ABDULLAH
6 BERSIH: PN. NORIDA BT YUNUS
6 CEKAP: PN. HASNAH BT ABDULLAH
6 DEDIKASI: PN. WAN KHADIJAH BT MOHAMAD
6 EHSAN: YM. TG HASNAH BT TUAN PA

KBP
EMAS 1A : CIK RAHIMAH BT ALI
EMAS 1B : PN. HASIAH BT MOHAMAD
EMAS 2A : PN. SITI NUR WAHIDAH BT ABDULLAH
EMAS 2B : PN. HASMAH BT AHMAD
EMAS 3A : PN. NOOR HAFIZAN BT ASAARI
EMAS 3B : PN. KAMARIAH BT ABDULLAH
EMAS 4A : PN. ROHANA BT HASSAN
EMAS 4B : PN. HOSANAH BT YAACOB

Kata Aluan Guru Besar 2011


Bidang pendidikan sentiasa berhadapan dengan masa depan yang dinamik dan kian mencabar. Ia menuntut kita agar menyediakan perancangan yang rapi, sistematik dan holistik. Justeru, saya menyeru setiap warga sekolah agar sama-sama mendukung cita-cita dan menyimpan hasrat untuk menjadikan kualiti pendidikan yang disalurkan kepada anak-anak didik kita sebagai yang terbaik.

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malysia supaya sistem pendidikan di negara kita mencapai taraf dunia. Sistem yang dimaksudkan itu tidak hanya tertumpu kepada pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran sahaja, malah ianya lebih bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi. Aspirasi negara ini hanya akan dapat dicapai dengan peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara. Kejayaan agenda pembangunan modal insan ini adalah bergantung kepada kualiti sistem pendidikan yang bermula daripada usaha kita di peringkat sekolah.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seri Kota yang telah pun memberikan komitmen yang padu semasa pentadbiran saya dalam menterjemahkan visi ini ke dalam satu perancangan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah dan seterusnya mencatatkan kecemerlangan pada sesi 2010 baru-baru ini. Saya amat yakin Buku Perancangan Pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Kota 2011 kali ini akan dapat dijadikan garis panduan kepada seluruh warga sekolah supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih jayanya. Seterusnya, mampu mengorak langkah untuk melakar legasi kecemerlangan yang lebih lagi pada tahun ini.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar seluruh warga sekolah akan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan anak-anak didik di sekolah kita ini lahir sebagai generasi muda yang tanggungjawab untuk membentuk generasi negara yang berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran dan berktrampilan. Justeru, adalah menjadi harapan saya agar seluruh warga sekolah dapat mencurahkan komitmen yang lebih lagi di bawah kepemimpinan guru besar yang baru bagi memastikan agenda pendidikan negara ini akan terlaksana.

Bersama-samalah kita berusaha menjana modal insan kelas pertama demi membina negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan hasrat gagasan 1Malaysia.

Mesyuarat Guru Kali I 2011

29 Disember 2010 :: 10.00 pagi :: Bilik Gerakan SKSK
:: merupakan mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh GB SKSK, Tn. Hj. Mohamad bin Ismail yang akan bersara...majlis persaraan beliau akan diadakan pada 6 Januari 2011 ::

Saturday, March 20, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah