Thursday, January 1, 2009

Selamat Hari Lahir







Mohamad Hanafiah bin Ismail

01.01.65

Maisharah bt Che Ali

01.01.78

Norma bt Yusoff

03.01.65

Rosnan bin Samakon

06.01.61

Nik Omar bin Nik Mat

08.01.66

Hasnah bt Mohamed

15.01.61

Amiruddin Sham bin Yusoff

17.01.69

Aminah Taherah bt Hassan

18.01.66

Kata Aluan Guru Besar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bidang pendidikan kini yang kian mencabar, memerlukan setiap sekolah membina perancangan yang rapi, sistematik dan holistik. Justeru, saya menyeru setiap pihak yang terlibat di sekolah ini khasnya, agar sama-sama mengambil tindakan yang proaktif dalam mendukung cita-cita dan aspirasi tersebut yang seterusnya menjadikan sistem pendidikan ini sebagai yang terbaik dan menjadi teras perjalanan sekolah.


Usaha kolaboratif setiap pihak, terutama warga sekolah ini yang sentiasa berkesanggupan untuk menggembeleng tenaga mampu menjayakan setiap aktiviti dan program yang dirancang dalam memperkemaskan serta memantapkan lagi pelaksanaan proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan agar berupaya menghasilkan pengeluaran yang memenuhi kehendak Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sesungguhnya, walaupun ia mengambil masa yang lama untuk menampakkan hasil, namun sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama. Bagi mencapai matlamat tersebut, memerlukan pihak kita di peringkat sekolah rendah untuk memulakan pendekatan terbaik bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti demi mencapai tahap cemerlang seiring dan seterusnya berkesinambungan dengan kecemerlangan yang bakal dijana di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi.


Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga sekolah yang telah sama-sama berusaha dengan gigih dalam menghasilkan buku pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Kota 2009 yang komprehensif ini dan bakal digunakan sebagai garis panduan untuk melaksanakan setiap aktiviti dan program yang dirancang. Pemantauan, penilaian dan penambahbaikan akan terus menjadi elemen yang akan ditekankan dalam kitaran perancangan bagi tujuan melonjakkan kecemerlangan selaras dengan sistem pendidikan negara.



Terima kasih.


HJ. MOHAMAD BIN ISMAIL

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seri Kota

Kota Bharu, Kelantan


Pendaftaran Murid Tahun 1 & Mesyuarat Guru Kali Pertama 2009


Pendaftaran Murid Tahun 1 telah diadakan pada hari pertama di tahun baru 2009 (01.01.09) bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi. Proses dan urusan pendaftaran ini berjalan dengan lancar di bawah seliaan Penolong-penolong Kanan, Pn. Azlin Edrus (S/U Pendaftaran Murid) dan juga guru-guru kelas.


Selamat datang diucapkan kepada semua murid Tahun 1.


Mesyuarat Guru juga telah dilangsungkan dengan jayanya dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah hadir. Semua guru telah dibekalkan dengan Buku Pengurusan Sekolah 2009 bagi melancarkan urustadbir sepanjang 2009.

Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Bertugas.


Takwim Persekolahan & Kelepasan Am 2009


HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN

Tahun Baru Cina - 26 Januari 2009 (Isnin)
Hari Maulidur Rasul - 9 Mac 2009 (Isnin)
Hari Pekerja - 1 Mei 2009 (Jumaat)
Hari Wesak - 9 Mei 2009 (Sabtu)
Hari Keputeraan SPB YDP Agong - 6 Jun 2009 (Sabtu)
Hari Kebangsaan - 31 Ogos 2009 (Isnin)
Hari Raya Aidil Fitri - 20 & 21 September 2009 (Ahad/Isnin)
Hari Deepavali - 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Hari Raya Aidil Adha - 27 November 2009 (Jumaat)
Awal Muharram 1430H - 18 Disember 2009 (Jumaat)
Hari Krismas - 25 Disember 2009 (Jumaat)


HARI KELEPASAN AM NEGERI KELANTAN

Tahun Baru Cina (Kedua) - 27 Januari 2009 (Selasa)
Hari Keputeraan KDYAM Sultan Kelantan - 30& 31 Mac 2009 (Isnin/Selasa)
Hari Nuzul Al-Quran - 7 September 2009 (Isnin)
Hari Raya Aidil Adha (Kedua) - 28 November 2009 (Sabtu)


Selamat Tahun Baru 2009


Salam kepada semua pengunjung blog SK Seri Kota...

2008 melabuhkan tirainya dengan kejayaan 25 orang murid sekolah ini mencapai keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR. Semua warga sekolah berbangga dengan pencapaian ini dan 2009 bakal ditempuhi dengan semangat kental bagi mengekalkan kegemilangan serta azam untuk meningkatkan pencapaian cemerlang semua murid sepanjang 2009 ini, khususnya yang bakal menempuh UPSR pada September 2009.


Berbekalkan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, seluruh warga SK Seri Kota mengharapkan ketibaan 2009 ini bakal membawa seribu sinar kejayaan dan kecemerlangan dalam semua bidang akademik, kokurikulum mahupun disiplin, sahsiah dan jati diri.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.



Tuesday, December 30, 2008

Buku Pengurusan Sekolah 2009



Mesyuarat Guru Kali Pertama 2009


Mesyuarat Guru Kali Pertama 2009 SK Seri Kota akan diadakan sebagaimana berikut:


Tarikh: 1 Januari 2009 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan

Semua guru dijemput hadir. Harap maklum.