Wednesday, January 6, 2010

5A UPSR 2009



Tahniah kepada 24 calon UPSR 2009 yang berjaya mencapai kecemerlangan 5A

Selamat Datang...Selamat Berhijrah

Selamat Datang...
Encik Azizul bin Azman (daripada SK Sentul 2, Kuala Lumpur)

Selamat Berhijrah...
Pn. Izzati Ibrahim (Ke SK Sentul 2, KL)
Pn. Anis Nazura bt Mohd Adib (ke SK Kubang Kerian 2, KB)

Selamat Tahun Baru 2010 & Selamat Kembali Ke Sekolah


Bismillahirrahmanirrahim...


Tahun baru datang lagi. Sedar tak sedar kita sudah berada di tahun kesepuluh dalam alaf baru. Sememangnya cabaran dalam bidang pendidikan kian meningkat, namun kita tidak harus tunduk dan gentar menghadapinya. Dengan kerjasama seluruh warga sekolah, kita sama-sama berganding bahu membuat perancangan yang rapi dan sistematik menuju matlamat kecemerlangan sekolah dalam semua bidang, pastinya tidak sukar untuk menjadikannya suatu realiti.


Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang menghadapi cabaran dan tekanan dalam berdepan dengan pelbagai persaingan di abad ini. Persaingan ini menuntut kita untuk melakukan satu anjakan besar dalam mengorak langkah ke peringkat pembangunan dan seterusnya mencapai wawasan 2020. Cita-cita negara hanya akan dicapai sejajar dengan peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara. Justeru, anjakan ini memerlukan pembangunan modal insan dari segi keupayaan dan intelek. Kejayaan agenda pembangunan modal insan ini adalah bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara.


Selaras dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan pelbagai agenda dalam usaha membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem yang dimaksudkan itu tidak hanya tertumpu kepada pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran sahaja, malah ianya lebih bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi.


Saya ingin mengucapkan syabas kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seri Kota yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menterjemahkan visi ini ke dalam satu perancangan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah. Saya yakin Buku Pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Kota 2010 ini akan dapat menjadi garis panduan yang lebih jelas kepada seluruh warga sekolah supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Sesungguhnya, pihak sekolah mempunyai tanggungjawab dan memainkan peranan yang amat besar dalam memastikan murid-murid di sekolah ini lahir sebagai generasi muda yang tanggungjawab untuk membentuk generasi negara yang berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran dan berktrampilan. Justeru, adalah menjadi harapan saya agar seluruh warga sekolah dapat memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan agenda pendidikan negara ini akan terlaksana.


Bersama-samalah kita berusaha menjana modal insan kelas pertama demi membina negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras denganhasrat gagasan 1Malaysia.

Terima kasih.



HAJI MOHAMAD BIN ISMAIL

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Seri Kota,

Kota Bharu.

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2010